Saturday, August 29, 2015

Satay ayam

Hi....ni pertama kali menulis blog dalam versi melayu. So kita nak sharekan resepi satay ayam yang saya rasa sedap la. Dalam kegawatan ekonomi ni baik kitorang berjimat cermat sedikit, tetapi masih boleh menikmati makanan yang lazat. Tahu la kadang-kadang budak-budak ni banyak ragamnya. Secucuk satay ayam ditempat kami RM0.80 so kalau 10 cucuk dah RM8.00.

Saya hanya menggunakan 500gm ayam sahaja. Dengam itu, pandai-pandai la nak membahagikan bahan-bahan dibawah.

Bahan- bahannya
10 Kilo ayam
41/2 kilo gula 
5 senduk serbuk kunyit
1 senduk rempah ketumbar
1/2 senduk jintan 
11/2 garam
5 senduk serai, halia n lengkuas yang telah dikisarkan sekali

Cara-caranya
- Dadukan ayam tadi lebih kurang 1cm 
-Gaulkan gula bersama ayam
-Masukan garam, jintan, ketumbar dan serbuk kunyit
-Masukan serai, halia dan lengkuas
-Gaul sehingga sebati
* Saya perap ayam tersebut dalam masa 6 jam, lepas tu saya cucuk satu persatu. 


Satay ayam yang siap dicucuk
saya letakkan dalam plastik secara menegak
Menggunakan electric grill untuk memanggang (malas hendak menghidupkan arang)
Maafla...tak sempat mengambil gambar rupa satay yang telah siap dibakar. Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Super flower blood moon versi saya

Hello semua, kembali bersama saya aunty Cath bersama celoteh-celoteh sampah saya. Hari ini saya mahu share gambar bulan-bulan. Walau pun tak...