Tuesday, June 1, 2021
Super flower blood moon versi saya
Jalan-jalan ke Papas Eco Camp Marahang (Camping Site)
Hello gais..lama ni tiada updated blog ni. Saya mahu introduce satu tempat untuk berkhemah yang terletak di Kg. Tombongon, Bukit Kokol, Menggatal.
Jarak site adalah dalam 26km dan mengambil masa dalam lebih kurang 40 minute. So sekiranya kamu mahu sampai cepat bertolak la awal sedikit yaaaa.
Buat pengetahuan kamu, saya tidak ikut berkhelah pada hari itu,hanya pergi melawat adik saya yang bermalam disana. Untuk memasuki kawasan camping ni kita perlu melalui jambatan gantung (terasa mahu menyanyi lagu kadazan pula....cia...cia...cia.)
Lokasi ini dapat dicari menggunakan google map. So jangan risau tersesat gais.Tempat ini mempunyai tandas awam so kalau kamu ada masa kecemasan tidak perlu risau mahu melepas dimana...hahahahah. Kawasan camping ini adalah terletak dikawasan rata hanya terdapat sedikit kawasan berbukit tetapi pada pendapat saya sekiranya anda ingin mendirikan khemah hendaklah memilih kawasan yg tinggi sedikit kerana sekiranya hujan air tidak akan bertakung pada kawasan khemah anda. Barang-barang yang perlu dibawa semasa berkhemah adalah seperti pakaian, makanan dan barang-barang kegunaan untuk sekurang-kurangnya beberapa hari. Jangan la kamu bawa barang seperti hendak pindah rumah yerrr... Lampu suluh adalah perlu ya. Khemah dan peralatan lain boleh di sewa RM30/ Khemah. So satu khemah boleh muat 2 orang kalau sempit susah la juga kan jangan la kedekut yerrrr.
Sekiranya you all tak nak berkhemah u gais juga boleh menyewa homestay berdekatan. Manala tau kan rasa leceh nak berkhemah dengan itu u boleh sewa homestay.
Air sungai yang cetek sesuai untuk anak-anak kecil |
| ||
BIL saya tengah memasak tom yam steamboat untuk makan malam. Kami sudah balik. |
| ||
Sewaktu air sungai naik jalan utama tidak dapat dilalui dengan itu kami mengunakan jalan kedua. |
Sambil menunggu air surut minum-minum dulu kami. Oleh kerana hujan masih lagi berterusan dan budak-budak sangat lapar kami mengambil jalan alternatif yang kedua untuk keluar daripada kawasan camping berkenaan. Walaupun jalannya agak panjang akan tetapi masih dapat diterima. Kita akan melalui satu kawasan perkampungan kecil sebelum sampai di Kasih Sayang resort. So dont worry yerrr. Keadaan jalannya adalah agak kecil dan landai so berhati-hati ketika menggunakan jalan ini.
Super flower blood moon versi saya
Hello semua, kembali bersama saya aunty Cath bersama celoteh-celoteh sampah saya. Hari ini saya mahu share gambar bulan-bulan. Walau pun tak...
-
Tiring for the whole week days lead to late wakeup and late breakfast. My husband wakeup earlier to send my daughter to school and straight...
-
Sephora is a well know cosmetic and fragrance store that we can find it in most of the countries in around the world. Sephora also had expe...
-
If you craving for some snack then, you should try to have this. One of my favorite bite "Fried dumpling". Fried dumpling are very...